Click here for Myspace Layouts

Saturday 24 December 2011

Misteri mayat di atas kubah Masjid Nabawi


Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul Saw yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra.
Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul Saw kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah Swt dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi Saw: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah)
Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi Saw adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.
Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi Saw.

Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).
Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2 .
Program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi Saw dengan sabdanya menjelang wafat: “Selayaknya kita memperluas masjid ini”.
Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.
Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad Saw, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.
Inilah yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)
Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi).
Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan.
Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang.
Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan “Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i’tibar”.
Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google “Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi”.
Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul Saw adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik.
Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111).
Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut?
Adapun maksud Nabi Saw Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua’lam

Misi Nabi Isa di akhir zaman


Masih ramai umat Islam yang tidak tahu bahawa salah satu ajaran Islam ialah meyakini bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam menjelang datangnya Hari Kiamat di akhir zaman. Malah ada yang mengingkarinya dengan alasan bahawa ini merupakan ajaran kaum Nasrani yang telah disusupkan ke dalam ajaran Islam.
Padahal terdapat cukup banyak hadis sahih dari Nabi Muhammad saw yang membenarkan bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam. Apa yang akan beliau lakukan ketika beliau kembali ke dunia turun dari langit? Apakah misi beliau kelak di akhir zaman nanti?
Suatu perkara yang pasti, kedatangan kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam kelak bukanlah untuk membawa ajaran baru, apalagi membenarkan ajaran Nasrani alias Kristian. Justeru kehadiran beliau kelak adalah untuk membenarkan dan mengukuhkan ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw iaitu ajaran dienullah Al-Islam.
Nabi Isa ‘alaihis-salam malah akan mengajak kaum Yahudi dan Nasrani (baca: Ahli Kitab) untuk masuk Islam. Dan ajakan beliau ini akan menjadi KESEMPATAN TERAKHIR bagi Ahli Kitab untuk bertaubat.
Bila mereka menyambut baik ajakan beliau, maka mereka bakal diperlakukan sebagai saudara seiman Nabi Isa ‘alaihis-salam dan segenap kaum muslimin. Namun bila mereka menolak, maka Isa ‘alaihis-salam berhak untuk membunuh mereka.
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada Nabi antara aku dan dia -maksudnya Isa-. Sungguh, kelak ia akan turun, jika kalian melihatnya maka kenalilah. Ia adalah seorang laki-laki yang sedang (tidak tinggi ataupun pendek), berkulit merah keputih-putihan, mengenakan kain berwarna kekuningan. Seakan rambut kepala berair walaupun tidak basah. Ia akan memerangi manusia hingga mereka masuk ke dalam Islam, ia memecahkan salib, membunuh babi dan membebaskan jizyah (pajak). Pada masanya Allah akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan akan tinggal di dunia selama empat puluh tahun. Setelah itu ia meninggal dan kaum muslimin menshalatinya.” (ABUDAUD – 3766)
MEMERANGI MANUSIA DAJJAL
Di samping itu, Nabi Isa ‘alaihis-salam juga ditugaskan untuk membantu Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam di Akhir Zaman) untuk memerangi puncak fitnah (ujian), iaitu Fitnah Ad-Dajjal. Malah berdasarkan hadis sahih di atas Nabi Isa ‘alaihis salam bakal memerangi segenap manusia demi tegaknya ajaran Al-Islam. Sehingga dengan izin Allah swt segenap manusia bakal memeluk agama Islam sehingga dihapuskannya kewajiban membayar jizyah (pajak yang dikenakan khusus kepada kaum bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam).
MENGHANCURKAN SALIB
Selain itu Nabi Isa ‘alaihis-salam juga bertugas memecahkan salib. Mengapa? Kerana salib telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakini bahawa Isa telah mati disalib, padahal sejak lima belas abad yang lalu Al-Qur’an telah menjelaskan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam tidaklah mati di tiang salib. Tetapi ada seorang lelaki yang diserupakan wajahnya dengan beliau yang telah mati di tiang salib tersebut. (QS An-Nisa 157)
Lalu kemana perginya Nabiyullah Isa ‘alaihi-salam pada masa kejadian itu? Kembali Al-Qur’an menjelaskan dengan jelas: “Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS An-Nisa 158)
Jadi, apa yang telah dialami Nabiyullah Isa ‘alahis-salam mirip dengan apa yang telah dialami Nabiyullah Muhammad pada masa malam Isra wal-Mi’raj. Perbezaannya hanyalah bahawa pada malam itu Nabi Muhammad di-Mi’raj-kan oleh Allah hanya satu malam, berangkat lepas Isya dan kembali menjelang Fajar. Sedangkan Nabi Isa ‘alahis-salam di-Mi’rajkan oleh Allah ribuan tahun yang lalu dan hingga sekarang belum diturunkan kembali ke bumi ini.
Beliau hanya akan turun ketika Allah taqdirkan beliau turun, iaitu pada masa terjadinya huru-hara akhir zaman ketika sudah diutusnya Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam) ke tengah-tengah umat manusia dan keluarnya Ad-Dajjal (puncak fitnah pembawa kekacauan, kesesatan dan kerosakan). Apakah perkara seperti ini mustahil dilakukan oleh Allah ? Sudah tentu tidak. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
MEMBUNUH SEMUA BABI
Selain itu Nabi Muhammad saw juga mengatakan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam bakal turun kelak untuk membunuh babi. Mengapa demikian? Kerana babi telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakni bahawa babi merupakan haiwan yang halal dimakan, sedangkan Islam telah mengharamkannya malah memandangnya sebagai haiwan menjijikkan yang mengandungi najis berat.
Namun di bawah peradaban moden -yang dipimpin oleh peradaban barat yang didominasi oleh nilai-nilai masyarakat Kristian- maka sekarang ini babi bukan sahaja dipandang halal, tetapi ia telah dianggap sebagai haiwan yang lucu dan oleh kerananya manusia sangat akrabdengannya. Cuba lihat berbagai filem kartun barat bagaimana mereka menjadikan babi sebagai binatang yang cute, friendly and kind (manis, bersahabat dan baik hati). Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.
“Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor.” (AL-An’aam145)
Sesudah memenuhi segenap tugasnya, maka damailah dunia dengan tegaknya keadilan berdasarkan dienullah Al-Islam dan kesejahteraan dinikmati segenap manusia hingga tidak ada lagi yang boleh bersedekah kerana tidak ada orang yang perlu dengan sedekah. Semua orang telah mencapai kekayaan hatinya.
Abu Hurairah radliallahu ‘anhu berkata; Bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Demi Dzat yang jiwaku dalam genggamanNya, sungguh tiada lama lagi akan segera turun Ibnu Maryam (Isa Alaihissalam) yang akan menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan jizyah dan harta benda melimpa ruah sehingga tidak ada seorangpun yang mahu menerimanya”.(BUKHARI – 2070)
“Bersedakahlah kalian, kerana akan datang masa di mana seorang membawa sedekahnya namun tidak menemui orang yang mahu menerimanya. Orang yang akan diberikan berkata: ”Seandainya kamu datang kemarin, niscaya aku mahu menerimanya, sekarang aku sudah tidak perlu lagi.” (HR Bukhary)
Kemudian Nabi Isa ‘alahis-salam akan tinggal di dunia sehingga tibalah masa ajalnya dimana beliau kemudian disolatkan oleh kaum muslimin.
Ya Allah, limpahkanlah salawat dan salam-Mu kepada Nabi Muhammad dan segenap Nabi-Nabi-Mu yang lainnya, khususnya Nabiyullah Isa ‘alaihis-salam. Dan kumpulkanlah kami kelak bersama mereka di akhirat di dalam jannah-Mu. Amiin ya Rabbal ‘aalamiin.

Thursday 22 December 2011

Misteri Binaan Piramid Terjawab


Sekian lama para saintis kehairanan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. “(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.

Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat.”
Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Romania atau Firaun!
Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa … Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Peringatan Buat Muslimah Sekalian. Hati-Hati Bila Menginap di Luar!


Berhati-hatilah kepada muslimah sekalian, apabila anda menginap di hotel-hotel, chalet2, hostel atau tempat-tempat persinggahan/penginapan luar, ambil sedikit masa dan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada disekitar bilik mandi atau bilik tidur. Kerana kemungkinan ini akan berlaku, kamera-kamera sekarang yang semakin kecil dan canggih, amatlah mudah untuk disorok dimana-mana ceruk dan ruang. Ingatlah maruah anda sebagai muslimah/wanita wajib terpelihara dari perkara-perkara yang tidak di ingini.

Wednesday 21 December 2011

Lokasi Tempat Ramalan KIAMAT Jadi Tumpuan


BANDAR RAYA MEXICO – Agensi Pelancongan Mexico menjangkakan dapat menarik kehadiran 52 juta pelawat menjelang tahun 2012 ke rantau yang dikaitkan dengan tamadun Mayan seperti Chiapas, Yucatan dan Tabasco.

Sebelum ini, Mexico dapat menarik kehadiran sekitar 22 juta pelancong luar pada setiap tahun.

Peningkatan mendadak dalam jumlah pelancong kali ini dikaitkan dengan ramalan penduduk Mayan bahawa kiamat bakal berlaku pada tahun depan.

Kiamat itu diramalkan berlaku pada 21 Disember 2012.

Pekan dan bandar raya di kawasan tamadun Mayan memulakan kiraan tamatnya kalendar Mayan tersebut semalam.

Namun, ramai ahli arkeologi berpendapat rujukan kepada tarikh tersebut yang diukir pada batu bersurat berusia 1,300 tahun cuma menandakan tamatnya satu kitaran dalam kalendar Mayan.

“Dunia belum kiamat. Ia hanya satu era,” kata seorang jurucakap pelancongan negeri Quintana Roo yang menempatkan kota bersejarah Cancun, Yeanet Zaldo.Kebijaksanaan tamadun Mayan menyebabkan sebahagian penduduk mengambil berat tentang ramalan kiamat tersebut.

Tamadun Mayan yang mencapai peringkat kegemilangan dari tahun 300 Tahun Masihi hingga 900 Tahun Masihi memiliki kemahiran luar biasa dalam bidang astronomi.

Kalendar kaum berkenaan bermula pada tahun 3,114 Sebelum Masehi (S.M.) dan mengambil masa selama 394 tahun untuk membentuk satu kitaran dikenali sebagai Baktun.

Baktun ke-13 berakhir pada 21 Disember 2012.

Teori bahawa kiamat berlaku pada tarikh tersebut berpunca daripada sebuah batu bersurat yang ditemui pada tahun 1960-an di tapak arkeologi Tortuguero di negeri Tabasco, dekat Teluk Mexico.

Batu bersurat berkenaan menceritakan tentang kembalinya Dewa Mayan pada penghujung Baktun ke-13.

Mereka yang percaya mengenai teori kiamat itu menyebarkan ramalan tersebut di ratusan ribu laman web dan blog di Internet. – Agensi

Geli hati melihatnya.. Tun Mahathir dan isteri

Sweet couple.. mmg kelakar lah


Wanita India paling kerdil di dunia


INDIA: Si Kecil Iyoti Amge yang genap 18 tahun semalam, sudah berjaya memenuhi impian besarnya – menjadi wanita terkecil, di dunia.

Remaja setinggi 59.7 sentimeter dan mempunyai berat badan lima kilogram ini, berjaya merampas ‘takhta’ itu daripada seorang wanita Amerika Syarikat, Brigette Jordan yang mempunyai ketinggian 60.96 sentimeter.

Dengan gembira, Iyoti berkata, “Sudah menjadi impian saya sejak beberapa tahun untuk dikenali sebagai wanita terkecil dunia. Sekarang saya tidak perlu menunggu lama lagi!”
Semalam, wakil dari Rekod Dunia Guinness mengukur beliau dan secara rasmi isytiharkannya sebagai wanita paling kecil di dunia.

Gambar Wanita Hamil Yang Diharamkan Facebook


Seorang wanita terkejut kerana gambarnya dalam keadaan hamil diharamkan oleh laman sosial Facebook, lapor akhbar The Sun. Gambar itu menunjukkan wanita tersebut, Angela Hurst (gambar) bergaya seperti aksi pelakon Demi Moore.

Gambar Angela yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional itu dijadikannya sebagai gambar profil di muka surat Facebooknya.
Ia tidak sama seperti gambar Demi untuk majalah Vanity Fair pada Ogos 1991 yang dirakamkan dalam keadaan bogel. Sebaliknya, Angela memakai pakaian yang tidak menjolok mata.
Namun, hanya selepas tiga hari ia menjadi gambar profilnya, Facebook mengeluarkan gambarnya kerana dianggap menyalahi terma ‘berbogel’.
Angela yang berusia 34 tahun dari Lee-on-Solent dekat Hampshire, England menyatakan bahawa gambar itu bukannya lucah kerana seluruh tubuhnya ditutup.
“Saya menerima banyak mesej, terutama daripada kaum wanita yang memberitahu mereka menyukainya. Mengingati tempoh mengandung ialah sesuatu yang menarik dan ia tidak bersifat seksual. Jika Demi boleh buat (merakamkan tubuhnya semasa hamil), kenapa tidak saya?” kata Angela.
Suami Angela, David berkata: “Gambar itu cantik. Tindakan ini agak berlebih-lebihan.”
Sementara itu, seorang jurucakap Facebook pula menegaskan pihaknya melarang wujudnya unsur-unsur berbogel di laman tersebut.

Iselyus Uda menemui Islam setelah 15 tahun menjadi pendakwah Kristian


Nama saya Iselyus Uda. Isteri saya Maria Juana. Lima belas tahun saya menjadi pendakwah Injil di Kalimantan Tengah sehingga akhirnya saya bertemu dengan seorang lelaki dalam suatu mimpi.

Benarkah Ia Rasul yang terpuji?
Tidak pernah terbayang kelak saya akan menginjakkan kaki di negeri yang dirindukan umat Islam (tanah suci). Bahkan tak pernah terfikir saya akan memeluk agama yang sebelumnya saya benci (Islam). Sebab, sejak kecil saya dan isteri biasa hidup di lingkungan adat yang sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

Memang, di dalam masyarakat Dayak terdapat beberapa anak suku, iaitu Kenyah, Iban, Kayan, Bahau dan sejumlah kelompok kecil yang tersebar hampir di seluruh Kalimantan, termasuk Sabah dan Serawak di wilayah Malaysia Timur. Namun akar budaya dan kepercayaan kami hampir tidak berbeza.
Jasa Pendakwah Injil

Tidak seorang pun pendakwah Islam yang pernah memberi tahu bahawa ada keringanan-keringanan yang tidak terlalu keras terhadap najis anjing dan babi, serta tidak terlalu memaksa seseorang yang baru membaca syahadat agar segera dikhitan. Seakan keringanan itu sengaja disembunyikan.
Berbeza dengan sikap para pendakwah Kristian baik dari kalangan agama Katolik mahu pun Protestan. Selepas Perang Dunia berakhir mereka datang berduyun-duyun membawa hadiah, ilmu dan pengetahuan baru yang dapat mengubah cara hidup kami tanpa mengharu biru adat istiadat dan upacara ritual nenek moyang.
Sungguh mereka banyak melakukan banyak perkara untuk suku Dayak, termasuk saya dan seluruh keluarga saya, yang sebagai pengikut Jesus,, segala keperluan hidup kami selalu dipenuhi. Oleh kerana itu, untuk menanggung lapan orang anak dan seorang isteri, saya tidak pernah mengeluh walaupun selama lima belas tahun saya sepenuhnya hanya mengabdikan diri pada agama Katolik selaku pendakwah.
Sudah tidak terhitung banyaknya penduduk yang dapat saya ajak masuk gereja. Apalagi sejak saya dianugerahi amanat memimpin umat Katolik di kampung Bangkal oleh gereja Sampit. Makin membara semangat saya untuk mengibarkan panji-panji juru selamat dan menegakkan palang salib di berbagai penjuru.
Mimpi yang menakjubkan

Tiga tahun saya menyebarkan ayat-ayat Injil di mimbar gereja dan di berbagai persekutuan doa di kampung bangkal dan kampung-kampung lainnya. Kemudian saya diberi kepercayaan pula untuk membawa misi gereja di Daerah Cempaga sejak tahun 1978.
Berkat kegigihan saya, hingga hampir segenap waktu saya terisi oleh kegiatan pelayanan rohani, malah saya berjaya mengajak umat dan berbagai pihak untuk bersama-sama membina gereja yang agak besar, lengkap dengan asramanya.
Dua tahun saya mencurahkan keringat, memeras tenaga dan fikiran demi kejayaan agama Katolik melalui gereja yang saya dirikan. Sungguh bangga hati saya, sungguh mantap kaki saya. Namun di sebalik kepuasan batin itu ada sesuatu yang terngiang-ngiang jauh di dasar sanubari saya.
Entah mengapa dan dari mana datangnya tuntutan itu, tidak pernah terungkap sama sekali. Yakni tanda tanya yang tidak mampu saya jawab meskipun telah saya cari melalui firman-firman suci. Apakah betul yang saya tempuhi berasal dari Tuhan? Tidak kelirukah saya menyerahkan diri bulat-bulat dalam keyakinan itu?
Kebimbangan tersebut betul-betul sangat menyiksa hidup saya dan sentiasa mengusik ketenteraman batin saya. Seolah-olah ada sebuah lubang pada diri saya yang tidak mampu saya tutupi, malah saya rasa makin lama makin dalam dan lebar.
“Ya Tuhan, kalau Engkau Maha Kuasa dan Maha Penyayang, tunjukkanlah kebenaran yang sempurna,” demikian ratap saya setiap malam tatkala suasana sedang lengang dan kesunyian sedang mencekam sambil saya genggam rosario (kalung salib) erat-erat.
Saya menggapai-gapai bagaikan hampir tenggelam di tengah-tengah lautan kehampaan. Saya berteriak nyaring di tengah gurun kesunyian. Saya merasa ditinggalkan sendirian dalam sebuah lorong gelap dan sempit setelah seberkas cahaya yang tadinya saya jadikan pedoman kian malapdan hampir padam.
Saya merindukan sinar terang yang tidak menipu saya dengan kilauan fatamorgana. Saya mendambakan jalan lurus menuju keredhaan Tuhan yang sejati dan hakiki.
Tiba-tiba, pada suatu malam menjelang akhir Oktober 1980, ketika kesibukan untuk menyebarkan Injil dan menawarkan kerajaan syurga sedang mencapai puncaknya, saya didatangi mimpi yang sangat aneh.
Seorang lelaki berjanggut rapi mengunjungi saya antara tidur dan jaga. Bahu saya ditepuk dan tangan kanan saya ditariknya. Saya menoleh. Betapa takjub saya melihat susuk manusia yang begitu tampan dalam usia sebayanya.
Berpakaian serba putih dengan rambut berombak tertutup selembar kain halus yang juga berwarna putih, ia nampak sangat agung dan anggun. Saya merasa tenang oleh sentuhan pandang dan senyumnya.
Dituntunnya saya menjelajahi hamparan tanah yang tandus menuju sebuah gurun pasir yang luas dan gersang. Anehnya, meskipun matahari terik membakar, saya terlena oleh kesejukan yang indah dan menawan. Seolah gumpalan awan besar menaungi kami berdua.
Ketika tiba di tempat tujuan, entah di mana saya tidak tahu, ia mempersilakan saya masuk ke suatu kawasan yang asing dan suci. Saya lihat ribuan manusia berselimut putih bergerak bak alunan ombak mengelilingi sebuah bangunan hitam berbentuk kubus menjulang ke atas membelah langit sambil berlari-lari kecil.
Di antara mereka ada yang sedang bersujud dengan khusyuk, banyak pula yang berebut-rebut mengecup batu hitam kebiruan yang melekat di dinding kubus itu. Apabila saya datang, kerumunan manusia tadi mengundurkan diri dan memberikan kesempatan kepada saya untuk memeluk dan mencium batu berkilat itu sepuas hati. Amboi, alangkah harumnya, alangkah tenteramnya.
Setelah itu ia mengarak saya bersama awan ke tempat lain yang pemandangannya amat berbeza, tetapi suasananya sama, penuh keagungan. Saya bertanya, “Bangunan apa yang teduh ini?” Ia menjawab, “Ini yang dinamakan Masjid Nabawi.”
Sebagai pendakwah Injil saya pernah mengenal istilah itu, sebab mempelajari agama-agama lain adalah modal untuk menghujahkan kebenaran kami dan membongkar kelemahan mereka. Oleh kerana itu saya terkejut. mengapa saya dibawa ke mari?
“Tompokan tanah yang di tengah itu untuk apa?” kembali saya bertanya. “Itu makam Nabi Muhammad,” jawabnya. Mendengar penjelasan itu saya pun makin hairan. Nabi Muhammad adalah pembawa ajaran Islam. Ada hubungan apa dengan saya sehingga diajaknya saya berziarah ke sini?
Walaupun beribu kebingungan bermain di hati saya dan berbagai tanda tanya merimbun di benak saya, tiba-tiba tanpa dimintanya saya bersimpuh di depan kubur yang sederhana itu. Air mata saya menitis. Saya terharu walau pun tidak tahu mengapa boleh terharu.
Saya cuma membayangkan betapa mulianya pemimpin kaum Muslimin itu yang pengikutnya ratusan juta orang, tetapi makamnya begitu bersahaja, yang ajarannya ditaati umatnya, namun kematiannya tidak boleh diratapi. Saya terpaku sangat lama sehingga tatkala saya sedar kembali, lelaki yang mengantar saya tadi telah menghilang.
Panggilan hati

Saya ceritakan mimpi saya kepada isteri dan anak-anak saya. Mereka tercengang. Mata Isteri saya berkaca-kaca; saya tidak mengerti apa sebabnya. Barulah pada malam harinya, ketika kami cuma berdua, ia berkata,
“Saya yakin itu bukan sekadar mimpi. Itu panggilan. Dan kita berdosa kepada Tuhan apabila tidak mahu mendatangi panggilan-Nya.”
“Maksudmu?” saya tidak paham akan maksud isteri saya.
“Kita tanya kepada orang yang ahli agama Islam. Siapakah lelaki sebaya yang mengajak abang itu. Dan bagaimana makna mimpi itu. Kalau memang benar merupakan panggilan Tuhan, bererti kita harus masuk Islam,” jawab isteri saya tanpa ragu-ragu.
Sayalah yang sedang dilanda kebimbangan, terombang-ambing dalam iman Kristian yang makin goyah. Apalagi tiap kali teringat akan salah satu surah al-Qur’an yang pernah saya pelajari,
“Tuhanmu adalah Allah Yang Maha Tunggal, Yang Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan,” (QS al-Ikhlash).
Saya ingin lari menghindari dengungan batin itu. Namun keyakinan saya tidak cukup kuat untuk menahan deburan ayat-ayat suci al-Qur’an. Untungnya pada tahun 1983 gereja Sampit memindahkan saya ke Medan, tugas saya ke kampung Resettlement untuk menyebarkan semangat Injil pada masyarakat setempat.
Saya terima tugas itu dengan setengah hati sebab semangat Injil saya sendiri sedang meluntur ke titik paling bahaya. Anehnya, saya merasa bahagia menerima keadaan itu, lebih-lebih ucapan isteri saya yang tidak pernah lenyap dari pendengaran saya.
“Kalau mimpi itu merupakan panggilan Tuhan, kita berdosa jika tidak mendatangi-Nya. Kita harus masuk Islam.”
Akhirnya, pada awal Mac 1990 saya sekeluarga mengunjungi Pejabat Urusan Agama Daerah Mentawa Baru Ketapang, sesudah terlebih dulu mendapat penjelasan dari seseorang yang saya percayai memiliki pengetahuan mendalam tentang agama Islam.
Ia mengatakan bahawa lelaki dalam mimpi saya adalah Nabi Muhammad. Diterangkannya lebih lanjut bahawa tidak semua orang, termasuk kaum Muslimin, boleh memperoleh kehormatan bertemu dengan Nabi dalam mimpi. Dia meyakinkan saya bahawa mimpi itu bukan dusta, bukan mainan tidur.
Sebab, Iblis tidak sanggup menyerupai Nabi walaupun ia boleh menyamar sebagai Malaikat (walau kelak dikemudian hari aku menyedari bahawa Syaitan boleh sahaja menjelma menjadi orang lain lalu mengaku sebagai Nabi).
Tetapi Itulah yang kian memantapkan tekad saya sekeluarga untuk memeluk ajaran Islam. Maka dengan bimbingan Mahali, BA, kami mengucapkan dua kalimah syahadat disaksikan oleh para pendahulu kami, Arkenus Rembang dan Budiman Rahim, dari Pejabat Jabatan Agama Sampit.
Nama saya, Iselyus Uda, diganti dengan Muhammad Taufik; isteri saya menjadi Siti Khadijah.
Begitu juga lapan anak saya yang memperoleh nama baru yang diambilkan dari al-Qur’an. Pulang dari upacara persaksian itu dada saya terasa sangat lapang dan dunia makin benderang.
Tengah malam saya mengangkat kedua tangan dan berdoa, “Ya Tuhan, terpujilah nama-Mu, telah datang kerajaan-Mu. Kami bersyukur kepada-Mu, ya Allah, untuk anugerah kebenaran ini.”
Menebus mimpi

Sejak hari paling bahagia itu saya mulai berangan-angan, bilakah pemandangan dalam mimpi saya dulu itu boleh terwujud. Saya merindukan Tanah Suci tempat kelahiran Nabi saw dan tempat jenazahnya dimakamkan, iaitu Makkah dan Madinah.
Kecuali dengan kuasa Allah, rasanya mustahil terlaksana mengingat kemampuan ekonomi saya tidak secerah semasa menjadi pendakwah Injil. Akan tetapi saya tidak mengeluh. Memang pada segi pendapatan terjadi penurunan, tetapi dari segi yang lain kehidupan kami bertambah makmur, sejahtera, dan penuh berkah.
Kekurangan kami sedikit, kami anggap biasa, itulah ujian iman. Harta benda bukanlah segala-galanya. Yang penting, anak-anak dapat meneruskan pendidikan mereka dan keperluan sehari-hari kami mencukupi. Adapun hidup berlebihan bukan tujuan utama. Buat kami sudah puas dengan kaya di hati dan rezeki yang halal.
Saya tidak tahu apakah keikhlasan itu diterima Tuhan, ataukah lantaran sudah tertulis dalam takdir-Nya bahawa saya sekeluarga harus menjadi Muslim dan Muslimat yang kuat.
Peristiwa yang terjadi dua minggu setelah kami masuk Islam membuat saya makin bersyukur kepada Allah, iaitu ketika Kakandepag Kotawaringin Timur, Drs. H. Wahyudi A. Ghani, mengunjungi ke rumah saya di kampung Resettlement. Ia tidak hanya bertandang, tetapi mengantarkan tebusan mimpi.
Ia mengabarkan bahawa Menteri Agama, H. Munawir Syadzali, MA, bersimpati kepada saya dan berkenan membawa kami suami isteri untuk menjalani ibadah umrah.
Subhanallah, alangkah akbarnya Engkau, alangkah luasnya kasih sayang Engkau. Sungguh saya tidak mampu menggoreskan pena atau menggerakkan lidah bagi menggambarkan kegembiraan dan kebahagiaan saya.
Tidak ada lain yang menggugah hati Menteri Agama, seorang pemimpin negara di antara 170 juta lebih bangsa Indonesia, pasti Allah yang Maha Kuasa. Tanpa kehendak-Nya mana mungkin perhatiannya terlintas kepada seorang warga kampung terpencil di Kalimantan Tengah ini, padahal kegiatannya selaku menteri bukan kepalang sibuknya.
Saya dan isteri terus bersimpuh di hadapan Allah Azza wa Jalla lalu melakukan sujud syukur. Kami pun tidak mengeluh walau keberangkatan kami ke Tanah Suci tertunda beberapa bulan. Awalnya kami akan diberangkatkan pada Julai1990; namun kerana terhalang oleh musibah Mina, terpaksa ditangguh ke bulan Januari 1991.
Akhirnya, kami berkesampaian mewujudkan pemandangan dalam mimpi dengan melaksanakan tawaf mengelilingi Ka’bah, menunaikan sa’i antara bukit Shafa dan Marwah, serta berziarah ke makam Rasulullah saw.
Agaknya doa kami di tempat-tempat mustajab di Makkah dan Madinah mulai dikabulkan-Nya. Buktinya, setiba kembali dari Tanah Suci ada seorang hartawan yang tidak ingin disebut namanya, mewakafkan sebidang tanah kepada saya.
Saya berniat menghabiskan baki umur saya untuk membayar dosa-dosa pada masa silam tatkala lima belas tahun lamanya saya bekerja keras memurtadkan umat Islam dan merayu banyak orang agar mengikuti keyakinan saya pada masa itu.

Bandar Hantu Moden Di Kangbashi


Ordos adalah sebuah bandar perlombongan arang batu yang kaya di Inner Mongolia. Salah satu daerahnya iaitu Kangbashi dikenali sebagai “modern ghost town” . Kangbashi direka untuk mempunyai lebih daripada 1 juta orang tetapi bandar itu masih kosong lagi walaupun projek itu telah dilancarkan pada tahun 2004.

Dalam tempoh enam tahun, pihak berkuasa telah membelanjakan kira-kira $ 2.6 bilion untuk mengubah kawasan itu menjadi bandar metropolis pascamoden dilengkapi dengan bangunan kerajaan, bangunan pencakar langit, muzium, perpustakaan, teater, dataran patung dan tempat tinggal mewah.

Walaupun hampir kesemua infrastruktur selesai, kekurangan sekolah, hospital, teksi, internet berkelajuan tinggi, TV kabel dan kemudahan hiburan tidak menggalakkan orang ramai untuk tinggal di Kangbashi.

Jika anda pergi ke sana sekarang, anda akan mempunyai lebih banyak peluang untuk berjumpa dengan pembersih jalan yang memenuhi bandar tersebut daripada pejalan kaki di sana.

Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian


KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.

Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.

Perubahan RM 50 Baru Tahun 2012


Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharu.

Tuesday 20 December 2011

Red Warriors uji Persebaya

JUARA Liga Super, Kelantan akan menentang Kelab Persebaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan timbal balik di Kota Bharu, Jumaat ini dan di Surabaya pada 28 Disember nanti.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata perlawanan itu, yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan rakan sejawatan beliau dari Indonesia Dr Andi Alifian Mallarangeng, diharap akan mewujudkan platform untuk kelab profesional Malaysia dan Indonesia meningkatkan daya saing.


“Harapan kami agar perlawanan seperti ini dijadikan acara tahunan.

“Ia bukan saja dapat mempersiapkan pemain untuk menghadapi saingan lebih besar, malah membuka peluang dan memberi pendedahan kepada mereka untuk mengembangkan lagi bakat di persada lebih tinggi,” katanya.


Annuar berkata penganjuran secara bersama itu akan menggalakkan lagi kerjasama antara dua negara berkenaan khususnya dalam penganjuran perlawanan persahabatan.


“Ia satu pengalaman amat berharga untuk Kelantan,” katanya. - Bernama.

Terry bikin resah

LONDON: John Terry mencetuskan kebimbangan Chelsea kelmarin selepas terhincut-hincut ketika sesi latihan terbuka kelab itu di Stamford Bridge.

Beribu-ribu penyokong Blues yang menyaksikan latihan itu terkejut melihat Terry dikeluarkan daripada perlawanan latihan pada hujung sesi 90 minit itu dan mengurut buku lali kanannya.


Kapten Chelsea itu tidak berjaya dipulihkan di tepi padang dan terpaksa diusung keluar oleh dua pakar perubatan kelab, kelihatan menderita kesakitan ketika dia keluar di terowong.

Lantas kebimbangan meletus terhadap kecergasan pemain berusia 31 tahun itu bagi perlawanan genting Liga Perdana Inggeris awal pagi Jumaat ini menentang Tottenham di gelanggang lawan namun Blues pantas mengurangkan kebimbangan itu berikutan rawatan lanjut.


Kecederaan Terry disebabkan tumit terseliuh ketika dia menahan satu percubaan dan kelab itu tidak ragu-ragu dia boleh diturunkan bagi kunjungan ke White Hart Lane.


Ketiadaannya akan menyebabkan Chelsea hanya dengan seorang pemain cergas di bahagian pertahanan tengah, Branislav Ivanovic, dengan David Luiz turut tidak kelihatan pada sesi kelmarin kerana kecederaan lutut yang menyaksikannya diketepikan ketika seri 1-1 dengan Wigan, Sabtu lalu manakala Alex disingkirkan daripada skuad selepas menyerahkan surat permohonan perpindahan. - Agensi

Bekas ratu Venezuela mati akibat barah

CARACAS: Bekas Ratu Venezuela, Eva Ekwall, yang mendapat tumpuan rakyat negara itu sepanjang dia bergelut dengan barah payu dara, meninggal dunia pada usia 28 tahun.

Keluarganya berkata, Eva meninggal dunia Sabtu lalu di sebuah hospital di Houston, Amerika Syarikat.


Eva dimahkotakan sebagai Ratu Venezuela pada 2000 ketika berusia 17 tahun dan tahun berikutnya, dia menduduki tempat keempat dalam pertandingan Ratu Universe di Puerto Rico.

Eva seterusnya menjadi model, aktres dan juga pembaca utama berita televisyen.


Mendiang, ketika hidup, turut menulis sebuah buku, ‘Fuera de Foco’ (Hilang Tumpuan) yang mengisahkan pergelutannya dengan barah, termasuk gambar menunjukkan kepanya botak, dirakam jurugambar Venezuela, Roberto Mata.


Dalam wawancara dengan akhbar El Nacional tahun lalu, Eva berkata selepas buku itu diterbitkan: “Saya perlu menghantar mesej mengenai perlunya pencegahan barah.” Mendiang berkahwin dengan penerbit radio, Fabio Bermudez dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.Keluarganya berkata, mayat Eva dibakar di Houston Isnin lalu dan upacara memperingatinya akan diadakan sebaik abu mayat itu tiba di Venezuela. - AP

Program paling menjijikkan di tv


LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati .

cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati .
--> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .
--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .
--> Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .
--> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .
--> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .
--> Kongsi mesej ini kpd orang ramai . Wlaupun 1 tlong kongsikan kpd org , anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilm

Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000


KUALA LUMPUR, 20 Dis: Klip video atau Filem pendek berjudul 'Oley' hanya memakan belanja RM3,000 sahaja dan mengambil masa penggambaran 2 jam, tetapi memberikan kesan cukup besar bagi aktiviti dakwah.

Ini kerana, klip video terbitan sebuah NGO, Solidariti Muslim Prihatin ini sehingga kini ditonton lebih 180,000 orang dalam jangka masa 5 hari setelah disiarkan.

Dengan 'view' yang sedemikian tinggi, sambutan orang ramai terhadap filem tersebut ternyata menyamai filem triler hebat keluaran Hollywood.

Berdasarkan mutunya yang sedemikian hebat dan sambutan orang ramai yang sebegitu baik terhadap filem tersebut, banyak pihak beranggapan belanja yang dikeluarkan oleh pihak penerbit dalam usaha penerbitan filem itu pasti tinggi.

"Namun, jangan terkejut jika saya jelaskan, belanja untuk membuat filem itu sebenarnya hanya sebanyak RM3,000 sahaja, manakala masa keseluruhan yang kami gunakan untuk penerbitannya pula hanya 3 jam setengah sahaja.

"Dari masa 3 jam setengah itu, 2 jam untuk shooting dan 1 jam setengah lagi untuk proses editing bagi membolehkan ia disiarkan ke dalam Youtube untuk tontonan orang ramai," jelas Pengerusi Solidariti Muslim Prihatin, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Ketika dihubungi Harakahdaily di sini hari ini, beliau menjelaskan, pada dasarnya untuk menghasilkan filem tersebut pasti memerlukan belanja yang besar, tetapi ia menjadi murah di sebaliknya disebabkan banyak faktor.

Antara faktor utamanya kerana kesemua pelakon penting di dalam filem tersebut enggan menerima sebarang bayaran, tetapi hanya berlakon secara percuma demi kepentingan dakwah.

"Begitu juga dengan pengarah dan penulis skrip bagi filem itu. Mereka juga hanya membuat kerja-kerja mereka secara percuma sahaja," jelasnya.

(Nurul Islam...teruja)

Belanja yang dikeluarkan oleh pihaknya bagi penerbitan filem itu hanyalah bagi urusan-urusan teknikal, manakala sebahagian lagi bayaran kepada sebahagian pelakon tambahan.

Nurul Islam, 29, menjelaskan, Oley merupakan sebuah filem pendek yang terhasil khusus buat menjawab segala tohmahan mengenai hukum Islam yang dipersendakan oleh filem pendek “Bicara Rakyat“ yang dihasilkan dengan penuh kebencian dan kenistaan terhadap hukum hudud oleh pihak tertentu.

Dengan penghasilan ‘Oley’ bererti Solidariti Muslim Prihatin melangkah setapak lagi ke hadapan dalam menyampaikan mesej bermaklumat kepada masyarakat dengan cara baru.

Lebih menarik apabila 'Oley' turut dilakonkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan; Nik Mohd Abduh dari ILMAM; Riduan Mohd Nor yang juga Ahli Jawatankuasa MuslimCare; penceramah selebriti yang sedang meningkat naik, Ustaz Syed Kadir Hussin Al Joffre serta pendakwah bebas, Ustaz Imran Al-Malizi.

Filem tersebut turut menampilkan pengacara, penulis lirik dan pelawak terkenal, Bob Lokman; vlogger Youtube terkenal, Mat Lutfi dan Man John dengan lakonan watak menarik mewakili segmen anak-anak muda pelbagai latar belakang yang mendambakan pengetahuan sebenar mengenai Islam.

(Penampilan Matlutfi memberi nilai tersendiri kepada video klip ini)

Oley adalah sebuah klip video yang dihidangkan dalam bentuk 'santai' dan simple tetapi menepati citarasa dan selera anak muda, dengan para pelakonnya berdialog dengan gaya selamba, bersahaja tetapi penuh dengan mesej bermakna.

Melalui kaedah soal jawab yang pasti boleh membuka mata dan telinga masyarakat yang jahil terhadap hukum Islam, khususnya mengenai hukum hudud, sehingga boleh menimbulkan keinsafan kepada para penontonnya.

Setelah diterbitkan 15 Disember lalu, video tersebut telah ditonton oleh sejumlah 154,687 kali dan mendapat likes sebanyak 8729 dan dislikes hanya sebanyak 72 kali, berbanding dengan video pendek bertajuk sembang rakyat yang telah mengundang kritikan dan pertikaian pelbagai pihak kerana didakwa sengaja menimbulkan prejudis terhadap Islam.

Angka tersebut dapat dilihat melalui jumlah likes sebanyak 57 kali dan dislikes sebanyak 3048 kali semalam, manakala hari ini pula jumlahnya terus meningkat kepada lebih 180,000 orang penonton.

Filem tersebut turut disiarkan menerusi slot video Harakahdaily dengan jumlah penonton sebanyak lebih 21,000 sehingga jam 4.30 petang ini sejak dimuatnaik 15 Disember lalu.

Penerimaan baik daripada orang ramai mengenai filem pendek itu sebagai indikator bahawa anak-anak muda tidaklah bencikan hukum Islam, sebaliknya menerima hukum Allah dengan baik.
Malah anak muda memberi kepercayaan kepada golongan yang ingin memperjuangkan hukum Islam berbanding mereka yang menentangnya.

KLIK UNTUK TONTON 'OLEY'

Akta Perhimpunan Aman: Najib tidak selari dengan dunia


KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pada masa majalah antarabangsa terkenal TIME mengiktiraf ‘para pendemo’ sebagai ‘Watak Manusia Tahun Ini (Person of the Year)’ tetapi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap ingin mengekalkan Akta Perhimpunan Aman adalah satu tragedi kepada sejarah negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, ahli parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) berkata cara Najib mencipta sejarah ini adalah menarik.

“Beliau menghabiskan berminggu lamanya untuk muncul sebagai reformis dengan kemunculan tiba-tiba dalam sebuah konsert pop, berbasikal dengan orang Penang dan mengumumkan satu bajet yang dilihat mementingkan rakyat.

"Semua perkara dramatik ini diikuti dengan laungan untuk membesarkan ruang demokrasi di dalam negara. Saya pun berharap ia adalah benar.

"Namun, sebelum semua keseronokan berakhir, Najib tiba-tiba memperkenalkan satu rang undang-undang yang menghalang protes jalanan. Bukan itu sahaja, beliau memperkenalkannya secara angkuh dan penuh berani.

"Kemudian, para penjilatnya pergi mempertahankan rang undang-undang tersebut sebagai cara untuk mempertahankan keamanan dan kestabilan di dalam negara,” bidas Charles.

Di dalam TIME, kata Charles, para pendemo digelar sebagai ‘prime makers of history’ (orang yang melakar sejarah), tapi di Malaysia, para pendemo yang tidak bersenjata dilayan dengan para polis yang membawa baton, disembur air asid dan gas pemedih mata.

“Dalam artikel tersebut, para pendemo digelar sebagai orang, yang pada tahun 1960 di Amerika membuat protes jalanan untuk hak-hak sivil dan menentang perang Vietnam, bangun menentang Iran dan Portugal di 1970am dan pada 1980an menentang kuasa nuklear di Amerika Syarikat dan Eropah, menentang penjajahan Israel ke atas Gaza, dan menentang kezaliman komunis di Tiananmen Square dan Timur Eropah.

"Orang sebegini, seperti rakyat Malaysia, memberanikan diri untuk ditahan dan diseksa pada tangan penguatkuasa untuk memprotes terhadap kezaliman dan memperjuangan hak asasi mereka. Mereka inilah yang akan diingati dalam sejarah sebagai orang yang berjuang menuntut perubahan dan menjadikan dunia ini lebih baik,” tambah beliau lagi.

Walaupun rang undang-undang Perhimpunan Awam diluluskan, Charles berkata rakyat Malaysia tetap memperjuangkan agar rang undang-undang tersebut dibatalkan dengan mengadakan perhimpunan di KLCC.

"Walaupun tipis peluangnya, tapi sekurang-kurangnya suara mereka didengar,” tambah beliau lagi.

Charles berkata adalah mudah untuk memahami mengapa BN ingin melaksanakan Akta Perhimpunan Awam itu dengan cepat.

“Kita semua tahu kemaluan yang menimpa Najib dan pentadbirannya ketika demo aman Bersih 2.0 di mana berpuluh ribu orang buat protes jalanan menuntut pilihanraya bebas dan adil,” kata beliau.

Naib presiden DAP turut menyelar Najib yang memainkan sentimen perkauman dalam Perhimpunan Agong Umno yang lalu.

“Ucapan rasis beliau disambut oleh pemimpin Umno yang lain, yang semuanya takut kehilangan kuasa,” tambah beliau, sambil mengingatkan bahawa semua regim yang zalim ditumbangkan dengan kebangkitan rakyat yang menuntut reformasi dan perubahan.

“Jadi, para pendemo di Malaysia mesti terus memastikan suara mereka didengar. Ia adalah agak ganjil jika Najib dan pentadbirannya gagal memahami fakta yang mudah ini,” sindir beliau

Melayu tidak undi jika guna dakwat kekal - Perkasa


KUALA LUMPUR, 20 Dis: Perkasa memberi amaran, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali juga berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” kata Setiausaha Perkasa itu.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum.

Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit.

Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa.

Mahasiswa mahu Najib jawab isu Felda


KUALA LUMPUR, 21 Dis: Mahasiswa hari ini sekali lagi mendesak kerajaan menjawab beberapa kemusykilan berhubung penyenaraian Felda Global Vanture Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Akram Ikrami Taib Azamudden (gambar) berkata, ini kerana isu tersebut telah menjadi semakin kronik di mata awam apabila Pengarah Besar Felda dan timbalannya diarahkan bercuti dan ditukar keluar daripada Felda.
Katanya, Gamis melihat ada perkara 'besar' hendak disembunyikan kerajaan khususnya melalui campur tangan perlantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kerajaan mesti mendedahkan sebab-sebab Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab diarahkan bercuti dalam tempoh yang lama dan timbalannya juga ditukarkan ke JPA,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Ini, katanya kerana umum mengetahui khidmat mereka lebih 30 tahun di Felda sangat cemerlang.

Malah, ujarnya pengurusan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di bawah mereka berdua juga di tahap yang sangat cemerlang apabila mampu memberikan dividen tahunan sejumlah 10 hingga 16 peratus beberapa tahun kebelakangan ini, satu capaian yang mendahului koperasi lain di dalam negara ini.
Keduanya, kata beliau kerajaan mesti mendedahkan apakah sebab tanah Felda Plantation dan lain-lain tanah Felda dipajakkan dalam tempoh yang sangat lama iaitu 99 tahun dan benarkan bayaran pajakan ini hanya sekitar RM500 juta sahaja.

“Sedangkan kita mendapat maklumat Felda memperolehi keuntungan tiga hingga empat kali ganda lebih besar daripada nilai pajakan tersebut,” ujarnya.

Gamis juga, katanya menuntut kerajaan menjelaskan, apakah benar 'durian runtuh' yang dijanjikan diberi kepada peneroka hendak diambil wangnya daripada simpanan aset tetap Koperasi Permodalan Felda (KPF) milik peneroka dan kakitangan Felda yang berjumlah lebih RM1bilion.

Jika benar, ujar beliau ia suatu tragedi malang kepada peneroka dan Felda khususnya apabila mereka bukan sahaja ditipu dengan durian runtuh yang datang daripada wang mereka sendiri, bahkan akan meruntuhkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang berdaya maju sebelum ini.
Justeru, tambahnya Gamis mendesak kerajaan khususnya Perdana Menteri memberi penjelasan tanpa selindung terhadap beberapa kemusykilan tersebut.

Ini, ujarnya kerana Gamis berpandangan kerajaan cuba untuk 'menyembunyikan' sesuatu daripada mata peneroka di sebalik penyenaraian tersebut.

“Jika tiada jawapan daripada Perdana Menteri, kami sedia menggerakkan mahasiswa untuk bersama-sama memperjuangkan perkara ini hingga mendapat penyelesaian terbaik demi membela nasib rakyat.

“Ini bukan isu warga peneroka Felda semata-mata, tetapi ini isu kita selaku rakyat Malaysia. Kita bukan buat tuduhan, kita mahu penjelasan,” katanya lagi.

IMF, Mahathir saja bersumpah laknat

DR. MAHATHIR mengajak Anwar Ibrahim bersumpah laknat kerana mendakwanya pernah minta bantuan kewangan dari IMF, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.
Antara punca Anwar disingkirkan dari kerajaan dan Umno selain dari tohmah liwat adalah juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa menjadi hamba kepada IMF dan Bank Dunia.

Hampir 15 tahun setelah keduanya berpatah arang berkerat rotan, Anwar pula mendakwa Dr. Mahathir juga kaki penyembah Bank Dunia.

Ertinya kedua-duanya lebih kurang saja dalam hubungan Bank Dunia dan IMF.

Justeru itu Dr. Mahatahir mengajak Anwar bersumpah laknat.

Nampaknya bertambah orang yang mahu bersumpah laknat dengan Anwar. Tetapi tiada yang memikirkan Datuk Seri Najib mesti bersumpah laknat atas kes Altantuya dan tidak yang memikirkan Sharizat Jalil wajar berumpah laknat atas isu skandal lembu dan kondo.

Dr. Mahathir sepatutnya tidak terikut sangat dengan budak yang mendakwa dia diliwat Anwar dan geng Datuk T tentang video lucah yang cuba mengaiabkan Anwar.

Jika Dr. Mahathir sebenar bersih dari sebarang hubungan dengan Bank Dunia, dia tidak perlu mencabar Anwar bersumpah laknat tetapi dia sendiri bersedia untuk bersumpah seorang diri.

Apa yang Dr. Mahathir patut buat ialah meminta Anwar membuktikan dakwaan yang dibuat ke atasnya.

Kalau Anwar benar, maka dia akan membuktikan tuduhan terhadap Mahathir, tetapi kalau benar Dr. Mahathir bersih dari sebarang hubungan dengan Bank Dunia, tentulah sukar malah mustahil untuk membuktikannya.

Kalau Anwar dapat membutikannya tetapi Dr. Mahathir tidak dapat menerima kekterangan itu, dia berhak membela diri dan menafikannya. Dr. Mahathir kalau mahu boleh bersumpah.

Dia tidak perlu menyuruh Anwar bersumpah. Dia sendiri saja yang bersumpah.

Apakah Dr. Mahathir akan membuat sumpah palsu atau sebaliknya, ia adalah masalah antaranya dengan Allah. Allah saja yang tahu apakah dia bersumpah benar atau palsu.

Orang lain tidak boleh takwil lagi. Termasuk Anwar sendiri dengan hujah dan buktinya yang kuat misalnya, tak perlu mengongketnya lagi.

Bagi orang ramai pula mesti membebaskan fikirannya terhadap Dr. Mahahtir kerana dia sudah bersumpah. Kalau dia membuat sumpah palsa, maka biarlah Allah menentukan akibatnya. Allah tidak akan melepaskan sesiapa yang membuat sumpah palsu.

Anwar tidak perlu membuat sumpah. Apakah kita hendak mempercayai Anwar atau mempercayai Dr. Mahathir, maka tidaklah perlu untuk memanjangkannya lagi kerana Dr. Mahatahir sudah bersumpah.

Kes itu kira-kira ditutup setakat sumpah Dr. Mahathir itu. Tidak perlu dia hendak menyuuh Anwar mesti bersumpah juga.

Jika Anwar pula hendak bersumpah sebagai yang dituntut oleh Dr. Mahathir, itu adalah masalah dirinya sendiri. Tetapi dia tidak dikehendaki menunaikan kemahuan Dr. Mahathir.

Tugas dan tanggungjawab Anwar ialah membuktikan dakwaannya. Apakah kita dapat mempercayainya, bergantung pula kepada hujah penafian Dr. Mahathir dan apabila Dr. Mahathir berani bersumpah, kita serah saja kepada Yang Maha Hakim.

Selagi Dr. Mahathir tidak bersumpah, kita boleh bandingkan keterangan dan bukti siapa yang kuat.

Setakat ini Anwar tidak menapikan dia adalah hubungan yang baik dengan IMF. Dr. Mahathir pula tentulah dirasakan sebagai seorang yang tidak mahu terikat dengan IMF. Kalau dia juga ada hubungan dengan IMF, maka tidaklah dia wajar menempelak orang yang ada hubungan atau pernah berhubung dengan IMF.

Apakah IMF itu berguna kepada manusia atau sebaliknya, ia bukan isu yang dibincangkan. Ada pro dan kontranya pinjaman IMF.

Isu yang kita hadapi ialah hubungan kedua-duanya dengan IMF. Selama ini Anwar itu digambar buruk oleh Dr. Mahathir atas hubungannya yang baik dengan IMF. Anwar digambarkan hamba kepada IMF. Sekarang Anwar pula mengatakan Mahathir juga tidak bebas dari bahana IMF itu. Dakwaan Anwar itu boleh diterima kiranya Dr. Mahathir tidak membuat sumpah laknat.

Dr M akui Malaysia pinjam dana Bank Dunia

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau namun menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan berkenaan untuk mendapatkan dana.

Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir, menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999,

"Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa di tahu apa yang dia kata itu benar.

Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman daripada Bank Dunia," katanya lagi dalam tulisan di blog beliau, chedet.co.cc, semalam.

Katanya lagi, Malaysia enggan menerima dana pinjaman International Monetary Fund (IMF) daripada Bank Dunia kerana "bantuan yang dikatakan itu akan memburukkan lagi keadaan."

Mahathir mengambil alih kedudukan sebagai menteri kewangan selepas Anwar dipecat dan dipenjarakan pada 1998.

Katanya lagi, pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, ketika Anwar masih menjadi menteri kewangan, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.

Sebanyak USD100 juta turut ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.

Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD60,000 manakala satu pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD244 juta dikeluarkan.

Kedua-duanya diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan.

'Bukan ulama korbankan prinsip PAS'

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini bertegas bahawa PAS perlu kembali kepada perjuangan asal menubuhkan negara Islam dan tidak perlu tunduk kepada desakan DAP.

Beliau berkata perubahan prinsip perjuangan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam bermula sejak ia menyertai pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.

Katanya, perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam adalah sesuatu yang "hampir tidak boleh dirundingi" dan tidak harus dilupakan semata-mata mahu meneruskan kerjasama dengan DAP.

"Kalau kita lihat yang menjadi "stumbling block" (penghalang) adalah pemimpin tertinggi DAP. Pengerusi (DAP Karpal Singh) kata langkah mayat dia dulu...nampaknya seperti pintu dah tertutup dan terkunci buat selama-lamanya selagi dia masih hidup," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kuala Lumpur.

Hasan berkata seluruh peringkat kepimpinan PAS bertanggungjawab untuk menyorot semula hasrat penubuhan negara Islam dan meletakkannya kembali sebagai wadah perjuangan utama parti.

Sambil menyifatkan rancangan penubuhan negara berkebajikan sebagai suatu yang sia-sia, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, perjuangan asal PAS sudah rapuh ekoran parti itu mula dikuasai golongan bukan ulama.

"Untuk meletakkan asas negara Islam, kita perlukan ulama yang muktabar, berfikiran jauh dan dapat garap Islam dalam konteks kehidupan moden ini. Saya yakin satu masa dahulu ulama PAS telah berjaya meletakkan inti-inti agama dalam kehidupan masyarakat moden.

"(Tetapi), pada pengamatan saya, golongan bukan ulama ini lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti yang telah dipertahankan sejak penubuhannya," katanya.

Malah, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia itu berkata, prinsip perjuangannya dalam memartabatkan Islam dan Melayu serta menobatkan Institusi Raja turut mendapat sokongan daripada penyokong akar umbi parti tersebut dan sebahagian besar rakyat negara ini.

Mengulas lanjut, Hasan berkata seandainya Islam-Melayu bersatu dan Institusi Raja dinobatkan, maka akan terbuka ruang dan peluang yang lebih luas untuk penyatuan umat di negara ini tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.

"Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong PAS mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada PAS lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan," katanya.

Hasan seterusnya menempelak sikap Setiausaha Agung Pas Datuk Mustapa Ali dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar yang menurutnya mencemarkan imej parti itu berdasarkan komen-komen bersifat peribadi yang mereka lontarkan terhadapnya.

Mustapa sebelum ini mengatakan bahawa Hasan telah terjerat dalam perangkap Umno untuk melemahkan PAS, akibat pandangannya mengenai Islam, Melayu dan Institusi Raja, malah Mahfuz pula secara sinis mempersilakan Hasan menyertai Umno.

Sementara Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman telah menggesa Hasan untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan parti itu.

Beliau berkata Hasan sebenarnya mencemarkan imejnya sendiri dengan mengeluarkan kenyataan kepada media yang jelas bertentangan dengan pendirian parti.

- Bernama

PAS: Masih ada kawasan lain mahu Hasan Ali


Masih ada sinar harapan untuk pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali dalam masa depan politiknya, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.

Katanya, pihaknya faham kemungkinan Dr Hasan kecewa kerana tidak mencapat pencalonan cukup untuk dipilih semula sebagai calon Gombak Setia, tetapi perkara itu tidak harus merosakkan dirinya.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, PAS Selangor kini cuba menyelamatnya, bukan menghentamnya.

Menurutnya, parti sentiasa mengiktiraf sumbangan Dr Hasan sebagai anggota kanan dan masih ada anggota akar umbi PAS yang masih bersedia mencalonkannya di kawasan lain.

SPR setuju dakwat kekal, undi awal


Suruhajaya Pilihan Raya(SPR) memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal 'silver nitrate' pada pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini.

Beliau berkata dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum ke-12.

Enggan memaklumkan sumber negara ia diimport, Abdul Aziz berkata dakwat kekal itu digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.

Beliau turut mengumumkan 'pengundian awal' akan diperkenalkan pada pilihan raya umum kelak iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Undi pos masih dikekalkan namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya, kata Abdul Aziz pada sidang media di Putrajaya.

Katanya kesemua perkara berkenaan adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

- Bernama

PKR: Dr M bohong, terus bohong


PKR hari ini menunjukkan rekod kerajaan yang menunjukkan bahawa Malaysia menerima dana daripada Bank Dunia pada 1999 untuk menangani kiris kewangan.

Merujuk kepada apendiks Belanjawan 2010, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, ia jelas menunjukkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berbohong dan terus berbohong dengan menafikan perkara itu.

"Kalau pun Tun Mahathir meragui dokumen-dokumen rasmi dari Bank Dunia, beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan di Parlimen," katanya.

Berdasarkan belanjawan 2919 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober 2009, kerajaan menerima bantuan untuk sektor sosial daripada institusi global pada 1999.

Monday 19 December 2011

NFC membarah: Kondo RM10 juta di Singapura pula


SHAH ALAM, 20 Dis: Umno perlu membuat keputusan segera untuk bertindak kepada pihak yang bertanggungjawab dalam skandal NFC atau terus dimalukan.

Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) semakin membarah apabila PKR hari ini mendedahkan NFC membeli sebuah kondominium bernilai hampir RM10 juta di Singapura.

(Kondominium mewah Orchard Scotts di Singapura. Disinilah NFC membeli unitnya bernilai kira-kira RM10 juta)

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

Pendedahan kali ini dibuat oleh tiga pemimpin kanan PKR dalam sidang media mereka hari ini.

Ketiga-tiga mereka adalah Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik).

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno menekan agar Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Turut memberikan tekanan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Ini kerana, NFC dikendalikan oleh suami dan anak-anak beliau.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu beranggapan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika pinjaman itu diluluskan, Tan Sri Muhyidin Yassin mesti bertanggungjawab ke atas penyelewengan ini kerana projek ini terletak di bawah penyeliaan kementerian yang beliau jaga.

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka.

"Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh," kata kenyataan mereka bertiga.

Pendedahan dibuat ekoran Umno dan Shahrizat belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat.

"KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan," kata mereka.

Menurut kenyataan itu, mereka ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.


Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC, kata mereka.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura.

Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura.

Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura, kata mereka.

Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

"Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

"Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin," kata kenyataan itu.

Tangkapan ISA, Najib Tipu Rakyat

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) dan Jabatan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Dewan Pemuda PAS Pusat menempelak sekeras-kerasnya tangkapan yang dikenakan ke atas 10 orang Pendakwah di Tawau, Sabah di bawah Akta kuku besi, ISA pada 14/11/2011 yang lalu.
Kami telah dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa yang ditahan bahawa tangkapan tersebut dilakukan oleh Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga/Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).

Kami amat terkejut dengan situasi malang ini tatkala Perdana Menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kononnya akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno/Barisan Nasional ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang paling demokrasi di dunia.

Namun pada hakikatnya Umno/Barisan Nasional masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu Akta kukubesi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada Umno/Barisan Nasional.

Kami percaya tangkapan ini adalah rentetan daripada laporan oleh pihak PAS Sabah sendiri bahawa ahli-ahli PAS Sabah telah diberikan amaran oleh pihak Polis supaya tidak terlibat dengan program-program politik dan dakwah sekiranya tidak mahu ditangkap.

Justeru, kami percaya bahawa tangkapan ini hakikatnya adalah bermotifkan politik semata-mata dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan Seksyen 73 (1) ISA. Apatah lagi, tangkapan ini berlaku tatkala PAS Sabah melaungkan amaran bahawa PAS Sabah akan memberikan tentangan sengit pada Pilihanraya yang akan datang.

Jadi, kerajaan Umno/Barisan Nasional pada hakikatnya takut dan gusar dengan gelombang tsunami PAS di Sabah yang menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan melainkan kembali menjilat ludah mereka sendiri iaitu kembali menggunakan ISA bagi mengekang kebangkitan PAS di Sabah.

Oleh itu, kami bertegas menggesa kesemua 10 orang yang ditangkap di bahawa ISA ini harus dilepaskan dan dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat. Selain itu, mereka ini harus diberikan layanan yang selayaknya sepertimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia iaitu diberikan peluang untuk dibicarakan secara adil di Mahkamah, dan bukannya ditangkap tanpa diberikan peluang untuk dibicarakan.

Sekiranya pihak Polis benar-benar yakin bahawa mereka mempunyai bukti yang kukuh dalam mengaitkan para tahanan dengan sebarang aktiviti keganasan, seharusnya pihak Polis tidak teragak-agak untuk menuduh mereka di Mahkamah terbuka dan membenarkan para tahanan ini membela diri secara adil di Mahkamah kerana banyak peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang boleh diguna-pakai sekiranya pihak Polis benar-benar meyakini mereka ini terlibat dengan pengganas.

Akhirnya, Kerajaan Umno/Barisan Nasional dicabar supaya berdepan dengan rakyat secara ”gentleman” pada hari pengundian Pilihanraya Umum yang akan datang, dan bukannya bersikap bacul dan penakut dengan menakut-nakutkan rakyat melalui Akta ISA yang ketinggalan zaman ini.

Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi (Pengarah JUHAM)
Abang Ahmad Kardee Abang Masagus (Pengarah Jab Hal Ehwal Sabah & Sarawak)

Umno hidup atas tipu helah

Ahmad Lutfi Othman
Meskipun Umno menjadikan DAP sebagai sasaran utamanya dalam perhimpunan agung Umno 2011, target sebenarnya adalah untuk melemahkan PAS atau sekurang-kurangnya terus meletakkan parti Islam itu dilihat sebagai komponen terkecil dalam Pakatan Rakyat. Ia bagi memudahkan Umno memainkan emosi dan sentimen pengundi Melayu, serta menyuntik keraguan tentang keupayaan PAS untuk "menggantikan Umno" sebagai teras dalam kerajaan baru nanti.

Melalui kolum ini, agak kerap juga saya mengingatkan bahawa seteru politik Umno yang utama, daripada dahulu hingga sekarang, tetap sama, iaitu PAS. Justeru, walaupun ada suara pemimpin tertinggi Umno untuk mengajak PAS mengadakan persefahaman politik, seperti pada 1999 dan 2008 -- setiap kali sebaik saja keputusan pilihan raya yang menjejaskan Umno -- ia lebih kepada usaha terdesak parti itu bagi mengekalkan kuasa. (Menjelang pilihan raya 1990, yang menyaksikan persefahaman politik pembangkang yang menggusarkan Dr Mahathir Mohamad, PAS juga didekati dengan motif menggagalkan barisan Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, yang diketuai tengku Razaleigh Hamzah).

Demi survival kuasa, Umno bersedia melakukan apa jua, termasuk menyembah dan mengemis individu atau parti yang dimusuhinya sejak lama. Pada 1999, Dr Mahathir beberapa kali beria-ia memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor, untuk membincangkan isu-isu "perpaduan ummah". Ya, kita tidak boleh bayangkan bagaimana wajah Umno tanpa singgahsana kuasa. Benar, Umno tewas beberapa kali, di beberapa negeri, tetapi ia tetap dapat berpaut erat dengan kuasa kerajaan persekutuan, yang masih menjanjikan pelbagai "keasyikan". Kekayaan, prestij dan pengaruh terus terpelihara.

Apabila kedudukan Umno yang tergugat teruk dalam pilihan raya 1999, sehingga mencalarkan imejnya sebagai parti terbesar orang Melayu, telah dapat dipulihkan dalam pilihan raya 2004, maka tawaran atas nama "perpaduan ummah" itu tidak timbul lagi. PAS kembali digasak dan diasak. Pelbagai istilah dan label negatif yang dilemparkan sebelum itu timbul kembali. Aktivisnya seolah-olah menjadi warganegara kelas kedua, ditekan dan ditindas jika ada peluang berbuat demikian.

Sebaik saja kuasa Umno kembali terancam, seperti berlaku pada 2008, maka kedengaran kembali suara-suara merintih dan merayu untuk menjalin kerjasama dan muafakat, atas nama kepentingan bangsa dan memartabatkan agama. Seolah-olah selama ini Umno begitu prihatin dengan degup jantung penderitaan umat ... Didengungkan bahawa Melayu akan kehilangan kuasa politik sedangkan yang panik menanti saat-saat kejatuhan adalah Umno.

Namun, selepas ajakan atau pelawaan ditolak, secara tiba-tiba PAS akan dituduh sudah terpesong jauh, serta menyeleweng daripada prinsip dan perjuangannya yang asal, walhal selama ini Umno tidak pernah pula menghormati dasar Islam yang diasaskan sejak penubuhan PAS 60 tahun lalu itu.

Oleh kerana imej buruk DAP di kalangan masyarakat Melayu-Islam dikira masih belum dapat dibersihkan, maka wajah PAS akan dihodohkan dengan bermacam-macam dakwaan dan tohmahan seperti "PAS alat DAP", "PAS menjadi biro agama DAP", "PAS diperkudakan DAP". Segala perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS -- sesuatu yang lazim bagi mana-mana parti politik yang dinamik -- akan dikaitkan dengan "ketamakan untuk berkuasa" dan "keghairahan untuk mendakap Putrajaya".

Kebetulan pula dalam PRU12, DAP menunjukkan prestasi paling cemerlang berbanding PAS dan KeADILan. Dalam masa sama, politik sering dikaitkan dengan bilangan atau nombor. Meskipun diakui bahawa dalam Pakatan Rakyat, tiada mana-mana parti, walaupun mempunyai kerusi lebih banyak, boleh memaksa kehendaknya kepada pihak lain, sepertimana Umno sering bertindak kepada komponen BN, namun real politik harus diambil kira.

Apa pun, tohmahan Umno tidak akan berhenti di situ. Misalnya, apabila PAS melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan baru-baru ini, susulan daripada tema muktamar tahunan Jun lalu, strategis Umno terus menuduh bahawa DAP menjadi faktor utama PAS beralih daripada memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Dalam berita Bernama TV, malam Jumaat lalu, Naib Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi melemparkan tuduhan sama. Katanya, perubahan dasar dalam PAS ditentukan oleh taukeh politiknya, DAP. Sedangkan tema Negara Berkebajikan ini bukan perkara baru. Model negara yang diiktibarkan daripada al-Quran dan Sunnah ini terakam sejak penubuhan PAS lagi, dengan ungkapan "Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur", bermaksud "Negara yang sejahtera dan (mendapat keampunan) Tuhan Yang Maha Pengampun".

Malah, tema manifesto PAS dalam pilihan raya 2008, yang dilancarkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada 21 Februari 2008 adalah "Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih: Menuju Negara Berkebajikan". Harus diingat bahawa ketika itu belum lagi ditubuhkan Pakatan Rakyat, dan PAS juga tidak mengadakan kerjasama politik secara langsung dengan DAP, selepas parti itu keluar daripada Barisan Alternatif sebelum pilihan raya 2004.

Dalam ucapan pelancaran manifesto itu, Ustaz Hadio berkata, tanggungjawab menunaikan Negara Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik Barat 'welfare state'. "Walaupun sebahagiannya dilaksana oleh negara-negara Barat, objektif yang dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas. Bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah, adil dan bersih," katanya.

Ternyata Umno bertungkus-lumus berusaha menyambung talian hayatnya di atas siri pembohongan dan penipuan ....



Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan
Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 20 Dis: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.

Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.

"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.

"Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya.

Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.

Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya.

"Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya.

Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan.

Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan.

Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat.

Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri.

"Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai.

Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni.

Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

SHAH ALAM, 20 Dis: Pakatan Rakyat (PR) mengutuk sekeras-kerasnya pembohongan yang disebarluaskan oleh pihak tertentu bahawa DAP sedang merancang untuk mengambil kuasa Menteri Besar Selangor dengan meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu.

“Kita melihat ini sebagai satu usaha terdesak Umno khususnya untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong calon-calon PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi DAP negeri, Teresa Kok Suh Sim, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Hakikatnya, kata beliau DAP adalah parti berbilang kaum tetapi telah ‘dipenjarakan’ dalam imej parti bukan Melayu oleh Umno sebagai strategi politik pecah dan perintah yang telah mereka gunakan ke atas rakyat selama ini.

Jelasnya, Umno mahu meneruskan pembohongan dengan menimbulkan satu persoalan yang tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam PR.

Beliau yang juga Adun Meru menjelaskan DAP telah mencadangkan kepada PR Selangor supaya mereka dibenarkan meletak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Ini, katanya dicadangkan DAP dengan tujuan supaya DAP boleh membebaskan dirinya daripada imej yang ‘dipenjarakan’ oleh Umno.

Menurutnya, perbincangan telah dilakukan secara tenang dan terbuka bersama rakan-rakan PR dan bukan secara tertutup atau rahsia.

PAS dan PKR, jelasnya telah menyatakan kekhuatiran ia akan dieksploitasi oleh Umno yang sememangnya menggunakan sentimen perkauman untuk menyerang PR.

DAP, ujarnya akan dituduh gila kuasa dan PAS serta PKR pula akan dituduh pengkhianat bangsa.

“Walaupun inilah apa yang sering dilakukan Umno, namun tindakan itu boleh mengukuhkan persepsi yang songsang ini di kalangan masyarakat Melayu,” ujarnya.

Tegasnya, persoalan jawatan Menteri Besar Selangor tidak pernah timbul kerana PR berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tiada apa-apa rancangan untuk menukarnya.

“Kami yakin bahawa melalui kerjasama dan semangat saling sokong menyokong yang ditunjukkan selama ini, prestasi Selangor di bawah Tan Sri Khalid akan bertambah, bukan sebaliknya.

“Sekalli lagi kami dari PR mengutuk sekeras-kerasnya usaha adu domba dan persengketaan berbau perkauman yang disebar Umno dan menggesa mereka meninggalkan tabiat buruk dan terkutuk itu demi negara,” ujarnya lagi.

Justeru, beliau berharap semoga rakyat diselamatkan daripada politik perkauman sempit yang diperjuangkan Umno BN.

“Semoga rakyat memahami bahawa politik sedemikian hanya pembohongan Umno BN untuk menutup amalan rasuah dan penyelewengan yang telah menjadi darah daging mereka selama ini,” katanya.